BATU PERMATA DAN TERAS KAYU AMAT SINONIM DI KALANGAN KITA BANGSA MELAYU.AMALAN PEMAKAIANNYA ADALAH MENGIKUT TUJUAN TERTENTU,KHASIAT TERTENTU DAN SEBAGAINYA.TIDAK KIRA TUA MUDA,KEBANYAKAN MEMPERCAYAI DENGAN PEMAKAIAN SESUATU JENIS PERMATA ATAU TERAS KAYU AKAN MEMBERIKAN KHASIAT SEPERTI KEBAL,MAMPU MENYEMBUHKAN PENYAKIT,PELARIS DAN SEBAGAINYA.CONTOHNYA TERAS SESUATU KAYU MAMPU MENGHALAU IBLIS DAN JIN JIKA MEMAKAINYA.DELIMA DAN ZAMRUD PULA DIKATAKAN MAMPU MENGATASI MASALAH HATI, MASALAH DIDALAM KEPALA DAN SEBAGAINYA.
BENARKAH BEGITU?
TIDAK SALAH JIKA KITA MENCARI IKHTIAR UNTUK MENYEMBUHKAN KITA DARIPADA SESUATU PENYAKIT,KELUAR DARIPADA KESUSAHAN DAN SEBAGAINYA.
TETAPI JANGAN DILUPA,MEREKA-MEREKA INI(PERMATA DAN TERAS KAYU) JUGA ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN LEMAH DAN TIDAK BERKUASA. BERIKHTIAR TIDAK SALAH TETAPI APABILA BERPEGANG KEPADA SESUATU BENDA MAMPU MEMBERI KEKAYAAN,KESELESAAN,PENYEMBUHAN,KEBAL ITU ADALAH SALAH.
KERANA APA?
IA MELALAIKAN KITA DARIPADA MENGINGATKAN KEPADA PENYEMBUH YANG SEBENAR,PEMBERI REZEKI YANG SEBENAR,PENYELAMAT KITA YANG SEBENAR,IAITU ALLAH YANG MAHA BESAR.JADI BUANGLAH SIFAT-SIFAT YANG MANA MUNGKIN DIRASAKAN BERTENTANGAN DENGAN SYARAK DENGAN MEMPERCAYAI SESUATU MAKHLUK MAMPU MEMBERI SEMUA ITU.YANG HANYA MAMPU IALAH ALLAH SAHAJA.
DAN JANGAN DISEBABKAN PEMAKAIAN CINCIN PERMATA DAN TERAS KAYU KITA MENJADI SEMAKIN JAUH DARIPADA ALLAH.PEMAKAIAN CINCIN KERANA MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD DILUPAKAN.SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.
No comments:
Post a Comment