whos.amung.us

Sunday, 4 March 2012

KHASIAT TERAS GEMUNGGAL

GAMBAR HIASAN

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah
Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.
Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.
Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.
Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.
Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)
Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.
Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.
Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.


BENARKAH BEGITU?

BERDASARKAN PENGALAMAN DAN PENDAPAT SAYA,ADAKALANYA BOLEH BERLAKU DAN ADAKALANYA TIDAK MENJADI.

KENAPA BEGITU?BUKANKAH TERAS GEMUNGGAL@KELOR MEMPUNYAI KHASIAT SEPERTI DIATAS?

GUNAKAN LAH AKAL YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH,BERFIKIRLAH.KONSEPNYA SAMA SAHAJA,CONTOH,KITA SAKIT PERUT,KITA MAKAN UBAT,ADAKALANYA SEMBUH DAN ADAKALANYA SAKIT JUGA.WAHHAL UBAT TELAH DIAMBIL.FIKIRKANLAH.
GAMBAR HIASAN



TIDAK MENJADI KESALAHAN KITA MENCARI SEDIKIT IKHTIAR,TETAPI PERLU DIINGAT,KEPADA ALLAH LAH KITA BERTAWAKKAL.FIKIRKANLAH,JIKA SEKUMPULAN BERKATA TERAS GEMUNGGAL BENAR-BENAR HEBAT,LAGI HEBAT YANG MENCIPTANYA IAITU ALLAH YANG MENCIPTA SEGALANYA.

JADI?

PILIHLAH PEGANGANMU,DIANTARA 100% UNTUK TERAS GEMUNGGAL@KELOR  ATAUPUN 100% UNTUK ALLAH YANG MAHA BESAR.SEMUA YANG BERLAKU ATAS IZIN-NYA.WALLAHULAM.

FIKIRKANLAH WAHAI SAHABATKU,
SEKADAR MEMBERI PENDAPAT.
GAMBAR HIASAN



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...