whos.amung.us

Tuesday, 6 March 2012

PENGELUAR BATU PERMATA

Myanmar - negara pengeluar utama ruby (delima) yang berkualiti tinggi di dunia. Satu-satunya negara yang mempunyai ruby dengan warna merah darah burung merpati (pigeon blood ruby) yang sangat berharga. Tempat yang paling terkenal bagi perlombongan batu ruby ini ialah di Mogok. Selain itu juga, Myanmar mengeluarkan jadeite yang berrharga. Setiap tahun, junta tentera akan melelong bongkah-bongkah jadeite yang amat berharga ini bagi kegiatan ketenteraan mereka. Myanmar turut juga mempunyai deposit sapphire, spinel dan beberapa batu permata lain. Selain isu penindasan manusia yang berlaku di Myanmar, penyalahgunaan dadah amat berleluasa di kalangan pelombong batu permata ini. Ini kerana negara ini turut tersenarai dalam negara "Segitiga Emas" (Myanmar, Laos, Vietnam dan Thailand) yang merupakan pengeluar dadah opium dari pokok popi terbesar di dunia. Warna merah pada ruby Myanmar ditafsirkan sebagai darah rakyat Myanmar yang ditindas oleh junta tentera serta penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda negara ini.

Colombia - siapa yang tidak kenal dengan emerald (zamrud) dari negara ini? Dengan warna hijaunya yang sangat mempersonakan, emerald dari Colombia merupakan emerald yang paling tinggi nilainya dalam pasaran. Colombia mempunyai lombong emerald yang terbesar di dunia dengan lokasi perlombongan emerald utama terletak di Muzo, Coscuez, dan Chivor. Selain itu, Colombia mempunyai sejenis emerald yang paling sukar ditemui di dunia iaitu "trapiche emerald" yang mempunyai bentuk seperti bintang 6 bilah. Colombia merupakan negara yang mempunyai kegiatan gerila dan para-militari yang terlibat di dalam pengeluaran dadah kokain dari pokok koka dan mempunyai jaringan pengedaran yang terbesar di dunia. Selain itu mereka juga turut terlibat di dalam penculikan serta pembunuhan sehinggakan bandar-bandar di Colombia akan menutup semua jalannya pada jam 5.00 petang hingga 8.00 pagi kerana kegiatan mereka yang sangat merbahaya.



Afrika - terkenal dengan diamond (berlian) yang dijadikan hasil untuk membiayai kegiatan gerila dan pnegganas yang dikenali sebagai "blood diamond." Perang saudara yang sering berlaku di sana turut mengakibatkan kanak-kanak dikerah dan dipaksa untuk memegang senjata bagi menghadapi peperangan. Negara-negara Afrika yang terlibat di dalam perdagangan diamond berdarah ini termasuk Angola, Liberia, Côte d'Ivoire, The Democratic Republic of the Congo (dahulunya dikenali sebagai Zaire) dan Republic of Congo (Congo-Brazzaville). Pada tahun 1997, PBB telah mengharamkan pembelian diamond dari Angola di dalam usaha untuk menghalang sebarang aktiviti keganasan dan peperangan. Menurut PBB, dianggarkan 20% atau lebih hasil diamond Angola digunakan bagi membiayai keganasan. Liberia disekat pada 2001 dari mengeksport diamond kerana didapati membiayai kegiatan al-Qaeda dan aktiviti militan lain. Pada hari ini Liberia telah dibenarkan semula untuk mengeksport diamond setelah sekatan yang dikenakan ditarik balik. Côte d'Ivoire yang baru menjadi pengeluar diamond pada era 90-an telah disekat pada 2005 kerana membiayai peperangan dan menjadi laluan perdagangan diamond di antara Liberia dengan negara bergolak Sierra Leone. Republik Congo telah dikenakan sekatan 2004 kerana walaupun tiada lombong diamond yang rasmi, negara ini mengeksport diamond yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan keganasan.



Afghanistan - terkenal dengan peridot yang berkualiti tinggi dilombong di kawasan pergunungan. Negara ini sering bergolak dengan perang saudara selain daripada perang dengan Amerika Syarikat. Pencerobohan Amerika di dalam usaha menghapuskan Taliban yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda menyebabkan negara ini berada dalam pergolakan serta kemunduran.

CREDIT TO: Nusantara Heritage


1 comment:

  1. walaupun negara itu ada kegiatan & pembiayaan keganasan,
    tapi nak mcam mana, batu permata dari negara itu juga akan menjadi pilihan utama peminat batu permata di seluruh dunia..emmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...