whos.amung.us

Monday, 5 March 2012

RAWATAN ZAMRUD



Adakah semua emerald di pasaran telah dirawat? Apa pendapat anda mengenai rawatan pada emerald?

Tidak semua emerald yang berada di pasaran pada hari ini telah dirawat tetapi kebanyakan emerald sememangnya telah dirawat sebelum memasuki pasaran. Ia tidak seperti rawatan pada sapphire... jadi kita boleh membuat andaian ianya telah dirawat sehingga terbukti tidak. Pada hari ini, rawatan pada emerald telah diterima dalam pasaran bagi "menyembunyikan" sebarang kecacatan semulajadi (flaw), bendasing (inclusion),  rekahan/retakan (fissures) dan campuran kristal (impurities) pada emerald. Rawatan minyak juga boleh menaikkan warna hijau pada emerald.

Terdapat banyak jenis rawatan yang boleh dibuat pada emerald dan terdapat rawatan yang sering dipersoalkan. Walaupun begitu, ramai pembeli tidak begitu mengambil tahu hal ini. Jadi apa yang diharapkan setelah anda membaca artikel ini, anda akan tahu serba sedikit berkenaan dengan teknik rawatan yang dilakukan ke atas emerald.

Rawatan minyak - terdapat banyak jenis minyak boleh digunakan bagi merawat emerald termasuk minyak yang berwarna. Minyak Cedar dan Canadian Basalm (kedua-duanya tidak berwarna) sering merupakan pilihan bagi merawat emerald.

Minyak Kayu Cedar: Minyak yang disuling daripada daun Junipers virginian. Tidak berwarna dan larut dalam alkohol.
Graviti Tentu (Spesifik): 0.94 y 0.98
Indeks Biasan: (20°C) 1.50 and 1.52

Canadian Balsam: Campuran beresin daripada pelbagai jenis spesis daun dan tumbuhan. Tidak berwarna dan larut di dalam cecair organik dan air.
Graviti Tentu (Spesifik): 0.98 y 0.99
Indeks Biasan: (20°C) 1.52 and 1.54
Takat Didih: 137°C ke 143°C

Dari sudut pengamatan kami, rawatan emerald menggunakan minyak ini didapati tidak dapat diterima walaupun pada hari ini teknik rawatan ini telah diterima pakai di dalam pasaran. Malah peniaga dan pembeli juga tidak melihat perkara ini sebagai isu yang besar. Namun demikian, kami mempunyai pendapat yang berbeza dimana kami tidak menggalakkan membeli emerald yang telah diberi rawatan minyak.

Terdapat beberapa perkara yang kami tidak sukai dengan rawatan minyak. Antaranya ialah:
Minyak dapat menyembunyikan kecacatan pada batu emerald dan memperbaiki serta menaikkan warnanya. Terdapat masalah etika di sini. Rawatan minyak dilakukan bagi menyembunyikan kecacatan sebenar dan menjadikan warna emerald ini menarik.
Kualiti batu emerald yang sebenar tidak dapat diketahui jika ia telah dirawat dengan minyak. Biasanya, penjual yang mendapat bekalan batu emerald dari pembekal tidak dapat membezakan antara emerald yang telah dirawat atau tidak. Jika rawatan minyak telah dilakukan sebelum ini, penjual juga tidak dapat menerangkan kepada pembeli sama ada emerald itu dirawat atau tidak kerana ciri dan rupanya yang seakan sama.
Jika minyak digunakan bagi menyembunyikan kecacatan batu emerald, batu ini akan menjadi mudah pecah kerana ruang pada rekahan semulajadi batu ini telah dipenuhi dengan minyak. Walaupun emerald mempunyai kekerasan pada nilai 7 dalam skala kekerasan Mohs, batu emerald sebenarnya sangat sensitif dan perlu dielakkan daripada terjatuh atau terhentak.
Minyak akan hilang setelah batu emerald dipakai. Ia bukannya rawatan yang kekal. Sebaik sahaja minyak pada batu emerald itu hilang, ia akan kelihatan sangat buruk. Jika rawatan minyak digunakan bagi menyembunyikan kecacatan, sebaik sahaja lapisan minyak itu hilang, batu emerald tersebut tidak akan kelihatan menarik kerana kecacatan dalamannya akan lebih kelihatan.
Kami juga terdengar pendapat yang mengatakan rawatan minyak pada emerald sama tujuannya dengan rawatan haba pada sapphire. Sebenarnya tidak. Rawatan haba pada sapphire bertujuan menaikkan warna sapphire dan warna ini akan kekal manakala rawatan minyak pada emerald tidak mengekalkan warnanya.

Rawatan Lain

Opticon - ialah sejenis plastik polimer resin yang disuntik ke dalam atau di atas emerald (biasanya dalam keadaan vakum) sama ada batu emerald yang telah dipotong atau belum. Rawatan ini dikatakan lebih stabil, walaupun adakalanya warnanya berubah kepada kuning setelah dipakai untuk beberapa lama atau tercemar kerana campuran bahan-bahan lain. Rawatan ini ini bertujuan mengisi kekosongan akibat kesan rekahan semulajadi di dalam batu dan menaikkan warna serta ketahanan batu emerald. Nota : Emerald akan dirawat dengan minyak setelah rawatan opticon.

Permasafe - adalah rawatan yang dapat meningkatkan ketahanan emerald. Permasafe ialah resin epoksi. Emerald yang diberi rawatan ini boleh bertahan kepada cucian gelombang ultrasonik dan haba daripada bilah pemotong dan mengelakkan emerald dari pecah. Permasafe didakwa boleh dibuang dari emerald. Ia boleh dikesan menggunakan cahaya biru pucat di dalam gelombang ultraungu yang panjang. Permasafe bersifat lutsinar dan sangat hampir kepada indeks pembiasan emerald, oleh itu dapat menampal rongga dalam emerald dengan lebih efektif. Ia juga kurang likat dan boleh digunakan pada emerald dengan haba dan tekanan yang minimum. Permasafe dikatakan sangat stabil dan digunakan secara meluas untuk meningkatkan ketahanan emerald.

Banyak lagi rawatan-rawatan baru yang digunakan pada hari ini namun dirahsiakan oleh pengeluar. Namun demikian, kebanyakan pakar tidak mempunyai masalah dengan rawatan yang digunakan asalkan pengeluar dengan jujur menyatakan emerald tersebut telah dirawat. Sebagai rumusan, jika anda hendak membeli emerald, pastikan anda mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan dengan rawatan pada emerald.


CREDIT TO: Nusantara Heritage 

3 comments:

  1. thanks for info admin,
    mohon admin terangkan serba sedikit tentang delima dan jenis2 nya, dan sebagainya berkaitan dengan delima. harap admin dpat membantu kepada beginner mcam saya nie.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas usaha ini.. bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Di mana sy blh dptkm minyak utk merawat zamrud nih..tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...