Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,Ya Habibati,
Ku lafazkan buat yang tercinta,
Sebagai doa tulus hatiku,
Kepada Allah dewata maharaya
Penguasa tujuh petala langit
& bumi.
Semoga dikau Ya Habibati,
Dinaungi Penguasa yang amat
Mengasihi,
Tiap detik dan Waktu,
Dari segala tipu daya thoghut
durjana
Jua dari bahaya bencana.
Kerna dikau lah insane yang
paling kucintai,
Dikau yang satu, tiada duanya
dihatiku,
Wahai Adinda yang paling ku
kasihi,
Ingatlah selalu kepada Allah,
Tak kira dimana jua beradanya.
Dan tak kira bila waktu dan
lahzohnya,
Lazfazkanlah Zikrullah!
Kembalilah kita lihat dan renung,
Marilah sama kita hayati,
Akan sabda baginda Rasulullah
yang terjunjung,
“Takut lah kamu kepada Allah,
walau dalam keadaan apa sekalipun”
Nasihat Sang Ratu untuk Rajanya,
Ingatan Kekanda buat Adindanya,
Wasiat si ayah akan anaknya,
Teguran Sang Guru kepada
Muridnya,
Hidup saling ingat-mengingat,
Kerana Takut akan tuhannya,
Barulah hidup Aman bahagia,
Hidup dunia bukanlah kekal,
Yang pastinya kekal juanya
akhirat,
Bersungguh-sungguhlah kita
membuat bekalan,
Jangan dihiraukan lelah dan
penat,
Tiba masanya dialah taulan,
Jadi pembela di akhirat kelak.
Tiada gunanya kita berbangga,
Dengan hidup dunia Yang sementara
ini.
Angkuh dengan harta kekayaan dan
anak pinak,
Sombong dengan pangkat dan kuasa,
Gilakan kemasyhuran,
Yang akhirnya semua menjadi bahan
bakar,
Menjadi kayu api,
Yang akan membakar diri kita
sendiri,
Akhirnya tak dok untung gapo
skaro,
Sanggupkah kita melakukan
kemaksiatan?
Sanggupkah kita dimurka Allah?
Demi hanya kerana mencari suka
dan reda manusia?,
Jika demikian lah adanya,
Maka nyatalah…..
Dikau telah diperbodohkan
Syaitan,
Dek hanya kerana mahu mengecapi,
Kenikmatan palsu Dunia yang fana,
Dengan melupakan kenikmatan
Akhirat yang sebenarnya.
Itulah manusia yang amat rugi dan
celaka,
Manusia yang telah gagal dalam
ujian hidupnya,
Manusia yang telah tewas kepada
syaitannya,
Manusia yang telah tunduk kepada
Iblis Laknatullahnya.
Melainkan orang-orang yang
beriman,
Dan sentiasa beramal soleh,
Dan saling berwasiat dengan
kebenaran,
Dan saling Berpesan dengan
kesabaran.
Sedarlah kita dari mimpi yang
dimainkan syaitan,
Bukalah mata dari tipudaya Iblis,
Bangkitlah dengan Sebutan
Zikrullah,
Melangkah dengan suluhan
kitabullah.
Bertaubat lah kepada Allah.
No comments:
Post a Comment