MENJUAL PELBAGAI PERMATA ASLI SEPERTI NILAM,ZAMRUD DELIMA DAN SEBAGAINYA. HANYA MENJUAL YANG ASLI SAHAJA. BERKENAAN DENGAN KHASIAT,KHADAM,MISTIK DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA BUKANLAH DALAM BIDANG KAMI. HUBUNGI 019-2047499 (KHALIS)
whos.amung.us
Tuesday, 27 March 2012
Saturday, 24 March 2012
CATATAN
AGAK SUKAR PADA MASA SEKARANG UNTUK MENCARI SEBIJI ZAMRUD YANG BETUL-BETUL BERKUALITI.GURKHA PUN KADANG-KADANG JE TURUN PADANG.HARGA PULA SUKAR NAK DIKATAKAN.JIKA MENGIKUT KUALITI DAN KESUKARAN UNTUK MENDAPATKANNYA,MEMANG RAMAI YANG KECEWA.TETAPI BERPEGANG PADA YANG SATU,ALLAH MAHA BESAR.TIADA YANG MUSTAHIL BAGINYA DAN INGATLAH,DOA ADALAH SENJATA ORANG ISLAM.WALLAHUALAM.
ZAMRUD COLUMBIA CUTTING(SOLD)
COLOR : EMERALD GREEN
CARAT : 1.0/2.0 ct
CUT : SQUARE CUT
CLARITY : TRANSLUCENT
SIZE : N/A
LUSTER : EXCELLENT
ORIGIN : COLOMBIA
MOH'S HARDNESS : 7.0
ENHANCEMENT : UNTREATED
PRICE: RM340
HARGA BOLEH DIRUNDING
ZAMRUD COLUMBIA CUTTING(SOLD)
COLOR : EMERALD GREEN
CARAT : 3.0/4.0 ct
CUT : CUTTING/EYES DROP
CLARITY : TRANSLUCENT
SIZE : N/A
LUSTER : EXCELLENT
ORIGIN : COLOMBIA
MOH'S HARDNESS : 7.0
ENHANCEMENT : UNTREATED
CONDITION : SCRATCH AND CRACK FREE
PRICE: RM470
HARGA BOLEH DIRUNDING
Friday, 16 March 2012
CONTOH IKATAN
CONTOH IKATAN YANG DICADANGKAN BUAT PERMATA YANG BERJENIS CUTTING.
(GAMBAR HIASAN)
MENGIKUT CITARASA MASING-MASING DAN YANG MAMPU MENAIKKAN 'SERI' PERMATA ITU SENDIRI.
ZAMRUD ZAMBIA
GEMSTONES
NATURAL ZAMBIAN EMERALD
BATU PERMATA
ZAMRUD ZAMBIA ASLI
BERAT +-6
KARAT
POTONGAN
CABOCHON
WARNA HIJAU
TUA
AIR KACA
DIJUAL BAWAH
HARGA PASARAN
FREE POSLAJU
HARGA BOLEH
DIRUNDING
HARGA RM970(OFFER)
PERKEMAS
TERASA SINGKAT MASA SETIAP HARI.
SEDANG MEMPERKEMASKAN LAGI STOK-STOK BARU DAN LAMA.
TIADA KESEMPATAN UNTUK "MENG-UPDATE" KE DALAM BLOG.
SEDANG MEMPERKEMASKAN LAGI STOK-STOK BARU DAN LAMA.
TIADA KESEMPATAN UNTUK "MENG-UPDATE" KE DALAM BLOG.
CATATAN
TERIMA KASIH KEPADA PELANGGAN-PELANGGAN YANG BERURUSAN.
MAAF DIPINTA,KEKANGAN MASA DAN KESIBUKAN KERJA MENGHALANG SAYA DARIPADA MEMBERI KHIDMAT YAG BAIK KEPADA TUAN/PUAN.
MAAF DIPINTA,KEKANGAN MASA DAN KESIBUKAN KERJA MENGHALANG SAYA DARIPADA MEMBERI KHIDMAT YAG BAIK KEPADA TUAN/PUAN.
Monday, 12 March 2012
Permata Zamrud Columbia(SOLD)
GEMSTONES NATURAL COLOMBIAN EMERALD
BATU PERMATA ZAMRUD COLUMBIA ASLI
SAIZ BANDINGKAN DENGAN SYILING 20 SEN
BERAT 5.9 KARAT
POTONGAN CABOCHON
WARNA HIJAU MUDA
DIJUAL BAWAH HARGA PASARAN
FREE POSLAJU
CALL OR SMS
HARGA BOLEH DIRUNDING
HARGA RM470
Tuesday, 6 March 2012
PENGASAS KERAJAAN ISLAM TERENGGANU
Pada tahun 1650, Sheikh Abdul Malik telah dilahirkan di
Kampung Pauh, Kuala Berang. Beliau merupakan putera kepada Tuanku Syarif
Abdullah iaitu seorang pemerintah dan ulama kerajaan Temir pada masa itu.
Beliau diberi nama Syarif Abdul Malik bin Tuanku Syarif Abdullah bin Tuanku
Syarif Abdul Qahar bin Tuanku Syarif Muhammad Al-Baghdadi, pengasas kerajaan
Islam pertama di Terengganu. Beliau adalah berketurunan dari nasab Rasulullah
s.a.w.
Kehidupan Sheikh Abdul Malik di istana adalah juga
merupakan tempat umat Islam menerima ilmu, tarbiyyah dan menjadi pusat
pertadbiran kerajaan. Dalam meniti usianya di istana, beliau banyak memerhati
dengan penuh teliti setiap butir perkataan dan gerak-geri ayahandanya yang
merupakan sebagai gurunya yang pertama. Dari sehari ke sehari, beliau membesar
di dalam suasana yang penuh seimbang antara agama dan politik yang memungkinkan
beliau menjadi matang melebihi usianya. Malahan begitu, beliau juga tidak begitu
berminat untuk bermain sebagaimana kanak-kanak yang seusia dengannya. Akan
tetapi, beliau lebih berminat untuk mentelaah kitab, mendampingi ayahandanya
dan melakukan ibadat. Hasil dari sifat-sifatnya yang mulia dan daya
intelektualnya yang bijak itu telah memperlihatkan yang beliau akan menjadi
seorang pemimpin yang hebat pada suatu masa nanti. Ia bukan sahaja terlihat
dalam bidang agama dan kerohanian tetapi juga dalam soal pentadbiran dan
kepimpinan.
Atas didikan dan pengawasan yang penuh kasih sayang dari
kedua-dua ibu bapanya, tambahan pula dengan perihal dirinya yang amat menarik,
dengan tubuhnya yang sederhana dan wajahnya yang menarik membuatkannya menjadi
sanjungan dan perbualan sesiapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, beliau
mempunyai perwatakan yang halus budi pekerti, amat kuat ingatan, cintakan
ibadah dan suka bersendirian yang menjadikannya lebih dipandang tinggi oleh
penduduk setempat. Apabila beliau semakin menginjak dewasa, beliau disuruh pula
oleh ayahandanya mengikuti bapa saudaranya yang bernama Ismail untuk sama-sama
pergi berniaga. Ia bertujuan agar beliau dapat meluaskan pandangannya melalui
pemerhatian dan pengalaman yang dilaluinya.
Setelah sekelian lama menuntut ilmu dengan ayahandanya
dan juga ulama tempatan, Sheikh Abdul Malik disuruh pula oleh ayahandanya
belayar ke Aceh untuk menuntut ilmu di sana yang juga lebih dikenali sebagai
Serambi Mekah, merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu di Nusantara bahkan juga
tempat pengajian pertama sebelum seseorang itu melanjutkan pelajaran ke Mekah.
Dalam usianya seawal 20-an, beliau telah meninggalkan tanah airnya dan belayar
ke Aceh bersama dengan sahabat-sahbatnya. Di sana, Sheikh Abdul Malik telah
berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Ali al-Fansuri yang juga dikenali sebagai Tok
Shaikh Kuala yang merupakan ulama besar di Nusantara pada waktu itu.
Apabila Shaikh Abdul Rauf melihat keadaan beliau yang
telah dapat menguasai beberapa ilmu seperti hadith, tafsir, nahu, saraf, fiqh
dan tasawuf dengan baik, beliau pun dibaiah oleh Sheikh Abdul Malik dengan
tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk melakukan suluk bersama dengan tiga
muridnya yang lain iaitu Shaikh Yusuf Khalawati al-Mankatsi dari Bugis Makasar,
Shaikh Abdul Muhyi Pamijihan dari Cerebon Tegal dan Shaikh Burhanuddin Ulakkan
dari Sumatera Barat. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh sehingga tercapai
beberapa maqam padanya. Akhirnya, Sheikh Abdul Malik telah dilantik sebagai
khalifah tarekat Shatariah dan diperintahkan untuk mengembangkannya di
Terengganu apabila pulang ke negerinya.
Setelah sekian lama menuntut ilmu dengan Shaikh Abdul
Rauf dan telah selesai dalam pengajiannya di bawah bimbingan gurunya itu,
Sheikh Abdul Malik diperintahkan oleh gurunya itu untuk menyambung pengajiannya
di Mekah dan Madinah. Pada usia sekitar 30-an, beliau dan beberapa orang
sahabatnya telah belayar ke Mekah setelah mendapat keizinan dari gurunya. Di
Mekah, Sheikh Abdul Malik telah berguru dengan ulama-ulama yang besar dan salah
seorang darinya ialah Shaikh Ibrahim al-Kurani yang merupakan guru kepada
Shaikh Abdul Rauf Singkel dan pengganti kepada Shaikh Ahmad Qusyasyi.
Pada tahun 1690 M, gurunya iaitu Shaikh Ibrahim al-Kurani
telah kembali ke RahmatuLlah. Pemergian gurunya yang dikasihi itu amat dirasai
tambahan pula gurunya itu juga amat kasih kepada dirinya selama beliau menuntut
bersamanya. Pada usianya menjangkau 40 tahun, Syeikh Abdul Malik kembali ke
tanah airnya. Setibanya beliau di pelabuhan di Kuala Berang, Sheikh Abdul Malik
telah disambut oleh ahli keluarganya dan rakyat jelata. Apabila melihat keadaan
diri ayahandanya yang telah uzur, beliau menyedari bahawa tanggungjawab berat
yang bakal dipikulnya makin hampir.
Setelah beberapa bulan pulang dari Mekah, ayahandanya
telah menjodohkan Sheikh Abdul Malik dengan Puteri Mahpuri, anak kepada seorang
pembesar yang berasal dari kerabat Diraja Johor yang kemudiannya telah menetap
di Terengganu, iaitu di Kampung Batu Hampar. Mertuanya bergelar Tok Raja Lila.
Selepas berkahwin, beliau telah membawa isterinya ke
istananya di Kota Tamir. Perkahwinan mereka adalah berdasarkan iman dan kasih
sayang. Mereka dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Dari perkahwinan
yang dalam suasana iman, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu tiga lelaki
iaitu Badaruddin, Imam Yusuf, dan Haji Yaakob (Tok Bongkok) serta seorang anak
perempuan yang bernama Siti Zubaidah. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Tok
Pulau Manis tiada anak perempuan. Walhal, yang berkahwin dengan Sultan Zainal
Abidin 1 itu adalah anak angkat Tok Pulau Manis yang dipelihara selepas
kematian ayahnya, Wan Ismail Datu.
Setelah ayahandanya mangkat, Sheikh Abdul Malik telah
dilantik menjadi pemerintah kerajaan Islam Temir ketika itu. Beliau menerima
tanggungjawab itu dengan perasaan yang amat berat. Bebanan tanggungjawab yang
diterimanya itu membuatkannya menjadi semakin sibuk. Banyak urusan yang
terpaksa dilakukannya telah memungkinkan beliau merasa tidak senang duduk.
Jiwanya yang lebih cenderung kepada mengajar, berdakwah, mengarang dan beruzlah
telah meresahkan lagi hatinya. Setelah beliau bermunajat kepada Allah dan
memohon petunjuk daripadaNya, akhirnya beliau telah membuat keputusan untuk
mencari pengganti dirinya.
Setelah itu, Sheikh Abdul Malik pun bermesyuarat dengan
para pembesarnya dan menyatakan hasratnya yang ingin turun takhta dan menggantikannya
dengan Tun Jenal yang merupakan anak seorang pembesar Johor pada ketika itu dan
juga muridnya sendiri. Para pembesar menerima permintaan Sheikh Abdul Malik.
Namun, mereka telah meletakkan dua syarat kepada beliau. Pertama, Sheikh Abdul
Malik mesti tetap menjadi penasihat dan guru kepada istana. Kedua, Tun Jenal
dikehendaki mengahwini puterinya Siti Zubaidah untuk memastikan keturunannya
terus memerintah di Terengganu.
Dalam usia sekitar 80-an, Tok Pulau Manis banyak
menumpukan kepada mengajar, mengarang kitab dan menyebarkan tarekat Shatariah.
Anaknya yang bernama Badaruddin telah diangkat menjadi Shaikh tarekat Shatariah
dan telah diizinkan untuk membaiah dan membimbing suluk para muridnya.
Dari sehari ke sehari, kesihatannya mula terjejas dan
menjadi semakin tenat dan uzur. Beliau banyak menghabiskan usianya yang ada
dengan berkhalwat dengan Allah Taala. Setelah dirasakan kesihatannya semakin
bertambah buruk, beliau pun telah menghimpunkan ahli keluarganya,
murid-muridnya serta penduduk tempatan, beliau telah berpesan agar mereka kuat
berpegang dengan ajaran agama dan hendaklah menyebarkan segala ilmu yang ada
serta dipesan agar menjaga negeri Terengganu dengan cara memberi ilmu kepada
rakyat dan jangan dijauhi orang-orang yang jahil.
Pada pagi Jumaat di tahun 1736 M/ 1149 H, Tok Pulau Manis
telah pulang ke Rahmatullah dalam usia 86 tahun. Berita kematian Tok Pulau
Manis itu telah tersebar ke pengetahuan istana raja, maka bergegaslah Sultan
Zainal Abidin 1 dan para pembesarnya ke kampung Pulau Manis untuk menziarahi
jenazah ulama dan wali Allah itu buat kali terakhir. Selepas jenazahnya
disembahyangkan, jasadnya disemadikan kemudian jenazahnya dibawa ke makan
dengan diiringi sultan, para pembesar dan rakyat jelata. Setelah itu, Sultan
Zainal Abidin 1 telah memerintahkan agar pembinaan makam Tok Pulau Manis dengan
diletakkan batu bereluk di sekelilingnya.
PENGELUAR BATU PERMATA
Myanmar - negara pengeluar utama ruby (delima) yang berkualiti tinggi di dunia. Satu-satunya negara yang mempunyai ruby dengan warna merah darah burung merpati (pigeon blood ruby) yang sangat berharga. Tempat yang paling terkenal bagi perlombongan batu ruby ini ialah di Mogok. Selain itu juga, Myanmar mengeluarkan jadeite yang berrharga. Setiap tahun, junta tentera akan melelong bongkah-bongkah jadeite yang amat berharga ini bagi kegiatan ketenteraan mereka. Myanmar turut juga mempunyai deposit sapphire, spinel dan beberapa batu permata lain. Selain isu penindasan manusia yang berlaku di Myanmar, penyalahgunaan dadah amat berleluasa di kalangan pelombong batu permata ini. Ini kerana negara ini turut tersenarai dalam negara "Segitiga Emas" (Myanmar, Laos, Vietnam dan Thailand) yang merupakan pengeluar dadah opium dari pokok popi terbesar di dunia. Warna merah pada ruby Myanmar ditafsirkan sebagai darah rakyat Myanmar yang ditindas oleh junta tentera serta penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda negara ini.
Colombia -
siapa yang tidak kenal dengan emerald (zamrud) dari negara ini? Dengan warna hijaunya
yang sangat mempersonakan, emerald dari Colombia merupakan emerald yang paling
tinggi nilainya dalam pasaran. Colombia mempunyai lombong emerald yang terbesar
di dunia dengan lokasi perlombongan emerald utama terletak di Muzo, Coscuez,
dan Chivor. Selain itu, Colombia mempunyai sejenis emerald yang paling sukar
ditemui di dunia iaitu "trapiche emerald" yang mempunyai bentuk
seperti bintang 6 bilah. Colombia merupakan negara yang mempunyai kegiatan
gerila dan para-militari yang terlibat di dalam pengeluaran dadah kokain dari
pokok koka dan mempunyai jaringan pengedaran yang terbesar di dunia. Selain itu
mereka juga turut terlibat di dalam penculikan serta pembunuhan sehinggakan
bandar-bandar di Colombia akan menutup semua jalannya pada jam 5.00 petang
hingga 8.00 pagi kerana kegiatan mereka yang sangat merbahaya.
Afrika -
terkenal dengan diamond (berlian) yang dijadikan hasil untuk membiayai kegiatan
gerila dan pnegganas yang dikenali sebagai "blood diamond." Perang
saudara yang sering berlaku di sana turut mengakibatkan kanak-kanak dikerah dan
dipaksa untuk memegang senjata bagi menghadapi peperangan. Negara-negara Afrika
yang terlibat di dalam perdagangan diamond berdarah ini termasuk Angola,
Liberia, Côte d'Ivoire, The Democratic Republic of the Congo (dahulunya
dikenali sebagai Zaire) dan Republic of Congo (Congo-Brazzaville). Pada tahun
1997, PBB telah mengharamkan pembelian diamond dari Angola di dalam usaha untuk
menghalang sebarang aktiviti keganasan dan peperangan. Menurut PBB, dianggarkan
20% atau lebih hasil diamond Angola digunakan bagi membiayai keganasan. Liberia
disekat pada 2001 dari mengeksport diamond kerana didapati membiayai kegiatan
al-Qaeda dan aktiviti militan lain. Pada hari ini Liberia telah dibenarkan
semula untuk mengeksport diamond setelah sekatan yang dikenakan ditarik balik.
Côte d'Ivoire yang baru menjadi pengeluar diamond pada era 90-an telah disekat pada
2005 kerana membiayai peperangan dan menjadi laluan perdagangan diamond di
antara Liberia dengan negara bergolak Sierra Leone. Republik Congo telah
dikenakan sekatan 2004 kerana walaupun tiada lombong diamond yang rasmi, negara
ini mengeksport diamond yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan
keganasan.
Afghanistan
- terkenal dengan peridot yang berkualiti tinggi dilombong di kawasan
pergunungan. Negara ini sering bergolak dengan perang saudara selain daripada
perang dengan Amerika Syarikat. Pencerobohan Amerika di dalam usaha
menghapuskan Taliban yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda menyebabkan negara
ini berada dalam pergolakan serta kemunduran.
CREDIT TO:
Nusantara Heritage
Monday, 5 March 2012
Keris Lagenda Terengganu
Syair Raja Sakti
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum,Ya Habibati,
Ku lafazkan buat yang tercinta,
Sebagai doa tulus hatiku,
Kepada Allah dewata maharaya
Penguasa tujuh petala langit
& bumi.
Semoga dikau Ya Habibati,
Dinaungi Penguasa yang amat
Mengasihi,
Tiap detik dan Waktu,
Dari segala tipu daya thoghut
durjana
Jua dari bahaya bencana.
Kerna dikau lah insane yang
paling kucintai,
Dikau yang satu, tiada duanya
dihatiku,
Wahai Adinda yang paling ku
kasihi,
Ingatlah selalu kepada Allah,
Tak kira dimana jua beradanya.
Dan tak kira bila waktu dan
lahzohnya,
Lazfazkanlah Zikrullah!
Kembalilah kita lihat dan renung,
Marilah sama kita hayati,
Akan sabda baginda Rasulullah
yang terjunjung,
“Takut lah kamu kepada Allah,
walau dalam keadaan apa sekalipun”
Nasihat Sang Ratu untuk Rajanya,
Ingatan Kekanda buat Adindanya,
Wasiat si ayah akan anaknya,
Teguran Sang Guru kepada
Muridnya,
Hidup saling ingat-mengingat,
Kerana Takut akan tuhannya,
Barulah hidup Aman bahagia,
Hidup dunia bukanlah kekal,
Yang pastinya kekal juanya
akhirat,
Bersungguh-sungguhlah kita
membuat bekalan,
Jangan dihiraukan lelah dan
penat,
Tiba masanya dialah taulan,
Jadi pembela di akhirat kelak.
Tiada gunanya kita berbangga,
Dengan hidup dunia Yang sementara
ini.
Angkuh dengan harta kekayaan dan
anak pinak,
Sombong dengan pangkat dan kuasa,
Gilakan kemasyhuran,
Yang akhirnya semua menjadi bahan
bakar,
Menjadi kayu api,
Yang akan membakar diri kita
sendiri,
Akhirnya tak dok untung gapo
skaro,
Sanggupkah kita melakukan
kemaksiatan?
Sanggupkah kita dimurka Allah?
Demi hanya kerana mencari suka
dan reda manusia?,
Jika demikian lah adanya,
Maka nyatalah…..
Dikau telah diperbodohkan
Syaitan,
Dek hanya kerana mahu mengecapi,
Kenikmatan palsu Dunia yang fana,
Dengan melupakan kenikmatan
Akhirat yang sebenarnya.
Itulah manusia yang amat rugi dan
celaka,
Manusia yang telah gagal dalam
ujian hidupnya,
Manusia yang telah tewas kepada
syaitannya,
Manusia yang telah tunduk kepada
Iblis Laknatullahnya.
Melainkan orang-orang yang
beriman,
Dan sentiasa beramal soleh,
Dan saling berwasiat dengan
kebenaran,
Dan saling Berpesan dengan
kesabaran.
Sedarlah kita dari mimpi yang
dimainkan syaitan,
Bukalah mata dari tipudaya Iblis,
Bangkitlah dengan Sebutan
Zikrullah,
Melangkah dengan suluhan
kitabullah.
Bertaubat lah kepada Allah.
RAWATAN ZAMRUD
Adakah semua emerald di pasaran telah dirawat? Apa pendapat
anda mengenai rawatan pada emerald?
Tidak semua emerald yang berada di pasaran pada hari ini
telah dirawat tetapi kebanyakan emerald sememangnya telah dirawat sebelum
memasuki pasaran. Ia tidak seperti rawatan pada sapphire... jadi kita boleh
membuat andaian ianya telah dirawat sehingga terbukti tidak. Pada hari ini,
rawatan pada emerald telah diterima dalam pasaran bagi
"menyembunyikan" sebarang kecacatan semulajadi (flaw), bendasing
(inclusion), rekahan/retakan (fissures)
dan campuran kristal (impurities) pada emerald. Rawatan minyak juga boleh
menaikkan warna hijau pada emerald.
Terdapat banyak jenis rawatan yang boleh dibuat pada emerald
dan terdapat rawatan yang sering dipersoalkan. Walaupun begitu, ramai pembeli
tidak begitu mengambil tahu hal ini. Jadi apa yang diharapkan setelah anda
membaca artikel ini, anda akan tahu serba sedikit berkenaan dengan teknik
rawatan yang dilakukan ke atas emerald.
Rawatan minyak - terdapat banyak jenis minyak boleh
digunakan bagi merawat emerald termasuk minyak yang berwarna. Minyak Cedar dan
Canadian Basalm (kedua-duanya tidak berwarna) sering merupakan pilihan bagi
merawat emerald.
Minyak Kayu Cedar: Minyak yang disuling daripada daun
Junipers virginian. Tidak berwarna dan larut dalam alkohol.
Graviti Tentu (Spesifik): 0.94 y 0.98
Indeks Biasan: (20°C) 1.50 and 1.52
Canadian Balsam: Campuran beresin daripada pelbagai jenis
spesis daun dan tumbuhan. Tidak berwarna dan larut di dalam cecair organik dan
air.
Graviti Tentu (Spesifik): 0.98 y 0.99
Indeks Biasan: (20°C) 1.52 and 1.54
Takat Didih: 137°C ke 143°C
Dari sudut pengamatan kami, rawatan emerald menggunakan
minyak ini didapati tidak dapat diterima walaupun pada hari ini teknik rawatan
ini telah diterima pakai di dalam pasaran. Malah peniaga dan pembeli juga tidak
melihat perkara ini sebagai isu yang besar. Namun demikian, kami mempunyai
pendapat yang berbeza dimana kami tidak menggalakkan membeli emerald yang telah
diberi rawatan minyak.
Terdapat beberapa perkara yang kami tidak sukai dengan
rawatan minyak. Antaranya ialah:
Minyak dapat menyembunyikan kecacatan pada batu emerald dan
memperbaiki serta menaikkan warnanya. Terdapat masalah etika di sini. Rawatan
minyak dilakukan bagi menyembunyikan kecacatan sebenar dan menjadikan warna
emerald ini menarik.
Kualiti batu emerald yang sebenar tidak dapat diketahui jika
ia telah dirawat dengan minyak. Biasanya, penjual yang mendapat bekalan batu
emerald dari pembekal tidak dapat membezakan antara emerald yang telah dirawat
atau tidak. Jika rawatan minyak telah dilakukan sebelum ini, penjual juga tidak
dapat menerangkan kepada pembeli sama ada emerald itu dirawat atau tidak kerana
ciri dan rupanya yang seakan sama.
Jika minyak digunakan bagi menyembunyikan kecacatan batu
emerald, batu ini akan menjadi mudah pecah kerana ruang pada rekahan semulajadi
batu ini telah dipenuhi dengan minyak. Walaupun emerald mempunyai kekerasan
pada nilai 7 dalam skala kekerasan Mohs, batu emerald sebenarnya sangat
sensitif dan perlu dielakkan daripada terjatuh atau terhentak.
Minyak akan hilang setelah batu emerald dipakai. Ia bukannya
rawatan yang kekal. Sebaik sahaja minyak pada batu emerald itu hilang, ia akan
kelihatan sangat buruk. Jika rawatan minyak digunakan bagi menyembunyikan
kecacatan, sebaik sahaja lapisan minyak itu hilang, batu emerald tersebut tidak
akan kelihatan menarik kerana kecacatan dalamannya akan lebih kelihatan.
Kami juga terdengar pendapat yang mengatakan rawatan minyak
pada emerald sama tujuannya dengan rawatan haba pada sapphire. Sebenarnya
tidak. Rawatan haba pada sapphire bertujuan menaikkan warna sapphire dan warna
ini akan kekal manakala rawatan minyak pada emerald tidak mengekalkan warnanya.
Rawatan Lain
Opticon - ialah sejenis plastik polimer resin yang disuntik
ke dalam atau di atas emerald (biasanya dalam keadaan vakum) sama ada batu
emerald yang telah dipotong atau belum. Rawatan ini dikatakan lebih stabil,
walaupun adakalanya warnanya berubah kepada kuning setelah dipakai untuk
beberapa lama atau tercemar kerana campuran bahan-bahan lain. Rawatan ini ini
bertujuan mengisi kekosongan akibat kesan rekahan semulajadi di dalam batu dan
menaikkan warna serta ketahanan batu emerald. Nota : Emerald akan dirawat
dengan minyak setelah rawatan opticon.
Permasafe - adalah rawatan yang dapat meningkatkan ketahanan
emerald. Permasafe ialah resin epoksi. Emerald yang diberi rawatan ini boleh
bertahan kepada cucian gelombang ultrasonik dan haba daripada bilah pemotong
dan mengelakkan emerald dari pecah. Permasafe didakwa boleh dibuang dari
emerald. Ia boleh dikesan menggunakan cahaya biru pucat di dalam gelombang
ultraungu yang panjang. Permasafe bersifat lutsinar dan sangat hampir kepada
indeks pembiasan emerald, oleh itu dapat menampal rongga dalam emerald dengan
lebih efektif. Ia juga kurang likat dan boleh digunakan pada emerald dengan
haba dan tekanan yang minimum. Permasafe dikatakan sangat stabil dan digunakan
secara meluas untuk meningkatkan ketahanan emerald.
Banyak lagi rawatan-rawatan baru yang digunakan pada hari
ini namun dirahsiakan oleh pengeluar. Namun demikian, kebanyakan pakar tidak
mempunyai masalah dengan rawatan yang digunakan asalkan pengeluar dengan jujur
menyatakan emerald tersebut telah dirawat. Sebagai rumusan, jika anda hendak
membeli emerald, pastikan anda mempunyai pengetahuan yang mencukupi berkenaan
dengan rawatan pada emerald.
CREDIT TO: Nusantara Heritage
Sunday, 4 March 2012
KHASIAT TERAS GEMUNGGAL
GAMBAR HIASAN |
Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah
Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai
pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja
bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.
Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para
datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain
boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat
menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.
Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan
kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh
kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan
hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum
kahwin.
Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi
menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua,
ketiga, keempat.
Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan
seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada
dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan
sesiapa sahaja yang memerlukan)
Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak
menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan
pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu
lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.
Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang
mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam
bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa
yang memakainya.
Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum,
lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai
menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit,
dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan
memakai terasnya sebagai cincin.
BENARKAH BEGITU?
BERDASARKAN PENGALAMAN DAN PENDAPAT SAYA,ADAKALANYA BOLEH
BERLAKU DAN ADAKALANYA TIDAK MENJADI.
KENAPA BEGITU?BUKANKAH TERAS GEMUNGGAL@KELOR MEMPUNYAI
KHASIAT SEPERTI DIATAS?
GUNAKAN LAH AKAL YANG DIANUGERAHKAN OLEH
ALLAH,BERFIKIRLAH.KONSEPNYA SAMA SAHAJA,CONTOH,KITA SAKIT PERUT,KITA MAKAN
UBAT,ADAKALANYA SEMBUH DAN ADAKALANYA SAKIT JUGA.WAHHAL UBAT TELAH
DIAMBIL.FIKIRKANLAH.
GAMBAR HIASAN |
JADI?
PILIHLAH PEGANGANMU,DIANTARA 100% UNTUK TERAS
GEMUNGGAL@KELOR ATAUPUN 100% UNTUK ALLAH
YANG MAHA BESAR.SEMUA YANG BERLAKU ATAS IZIN-NYA.WALLAHULAM.
FIKIRKANLAH WAHAI SAHABATKU,
Subscribe to:
Posts (Atom)